FǺЯІTЂŽ Facebook AND FǺЯІTЂŽ Twitter »

Thursday, March 22

Erti Bertawakkal Setelah Berusaha

Salam Alaikum . Wassolatu Alannabi Salallahu Alaihi Wasallam :D


Lama dah tak update blogger kebelakangan ni, atas alasan yang tidak dapat dielakkan.
1. Mak Cik sakit.
2. Urusan untuk sambung belajar.


Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini terhadap diri ku. Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah, Kau permudahkan aku untuk menempuh segala ujian-Mu dengan sabar dan terus istiqomah beribadah pada-Mu.


Inilah pengalaman pertama ku tidur di hospital, saudara(Mak Cik) sakit, solat di hospital. Allahu-yashfiha. Pengalaman inilah serba sedikit menyedarkan diriku bahawa manusia, harus bersyukur setiap masa hingga hembusan nafas yang terakhir. Apabila ditimpa musibah, berusaha meminta bantuan dari Allah, sehinggakan beribadah sebanyak mungkin agar segala yang didoakan dimakbulkan oleh Allah. Apabila senang, sedikit sekali usaha ibadah pada-Nya. Lalai unutk melaksanakan ibadah pada-Nya. Terasa amat berbeza sekali perasaan solat itu dilaksanakan apabila ditimpa musibah atau tidak(Senang). Diriku cuma insan biasa, solatnya seperti solat yang dilakukan oleh kebanyakan, puasanya seperti puasanya kaum muslimin yang kebanyakan. Ku ingin menjadi isan yang bertaqwa yakni yang sentiasa ikhlas beribadah pada-Mu. Beribadah bukan kerana syurga dan neraka-Mu tetapi kerana-Mu, ya Allah.


Pasti kebanyakan kita pasti sudah merasa bagaimana perasaan orang yang rapat dengan kita jatuh atau ditimpa sakit, malah ada yang sudah merasai perasaan di mana orang yang rapat dengan kita sendiri, tak kira sama ada yang berada dalam kalangan ahli keluarga mahupun teman sudah meninggal dunia. Tiap kali itulah saya merasakan seakan-akan ikhlas berdoa apabila munculnya perasaan amat sedih saat melihat keadaan seseorang yang kita kasihi terlantar sakit. Apatah lagi bagi mereka yang muncul saat ketika mereka melihat orang yang mereka kasihi yang hanya tinggal jasadnya terlantar di bumi Allah hanya sementara.


Doa ketika menjenguk orang yang sakit :








"Ku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau."






"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." [Riwayat At-Tirmizi & Abu Daud]






_________________________________________________________________________________




Ini adalah salah satu tuntutan seorang yang bergelar muslim sebagaimana pesanan Rasulullah kepada umatnya yang berbunyi (al-Bukhari, 1994: 4777; Muslim, 2001: 3848, al-Nasa’i : 1913; Ahmad, 1994: 17900) :

عَنْ الْبَرَاءِ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَمَرَنَا النَّبِيُّ T بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجِنَازَةِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي

Maksud: “Al-Bara` bin Azib radiyallahu anhu berkata bahawa Nabi salallahu Alaihi Wasallam telah memerintahkan kami tujuh perkara dan juga melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami untuk menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, menjawab orang yang bersin, menunaikan sumpah, menolong orang yang terzalim, menyebarkan salam dan memenuhi undangan.”




[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]


_________________________________________________________________________________




Kita berikhtiar atau mencari jalan untuk meminta rahmat dari Allah, bukannya bertawakkal 100% pada Allah. Contoh :


"Saya dah memang miskin. Dah nasib begini, apa nak buat. Usaha kuat mana pun tetap serupa. Tawakal sajalah, mudah-mudahan Allah bantu........"


"Dia sudah tidak sedarkan diri selama 3 bulan. Wang untuk membiayai kos pemulihannya sangat mahal. Doktor sudah sedaya upaya menyelamatkan nyawanya sejak hari kemalangan tersebut. Kini saya cuma tawakkal saja, mudah-mudahan Allah segera menyembuhkannya......."


Inilah kata-kata yang sering kita dengar, inilah jenis-jenis keluhan yang tidak meyakini Allah-lah Maha Berkuasa untuk mengubah segala derita yang kita alami. Bagaimana Allah bisa membantu seseorang jikalau insan itu sendiri cuma beribadah,berdoa dan berusaha ala kadar tanpa melakukan segigih mungkin untuk merealisasikan impiannya. Berdoa agar Allah memberi rahmat kepada kita dan umat Islam.Menggunakan alternatif dalam berikhtiar agar sesuatu yang kita inginkan berubah. Contohnya :


Terkena penyakit demam :
1. Bersyukur atas segala sesuatu yang berlaku.
2.Berusaha/ berikhtiar untuk menyembuhkannya ( Ubat, Doa )
3. Berdoa agar apa yang kita usahakan mendapat restu dan apa yang dihajati, dimakbulkan oleh Allah.
4. Barulah kita bertawakkal kepada Allah.

Sunday, March 4

Daripada Hadis 40 Imam Nawawi :

Daripada Saiyidina 'Umar juga, radiyallahu anhu. beliau berkata:


Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah salallahu Alaihi wasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi salallahu Alaihi wasallam lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.

 Lalu Rasulullah salallahu Alaihi wasallam bersabda:
lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.



Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.
Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.
Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.
Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.
Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).



Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.


[Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa'ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad , no: 346]


Pengajaran hadis:

Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.



Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ihsan. Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam. Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.


Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ihsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.


llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang menghadap Rasulullah salallahu Alaihi wasallam untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.


Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah  salallahu Alaihi wasallam. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah Subhanahu wa Ta'Ala. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.


Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau tuannya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.
Mari kita Renung-renungkan bersama dan Selamat Beramal.


Wednesday, March 3

Chapter 1 : Verse 1 In the name of Allah The Most Gracious, The Most Merciful


Introducing Myself and Motives.


Idlan Farid b. Noor Iskandar .
31st October 1992.
Hospital Taman Melawati, Selangor.
Lives in Mukah, Sarawak .
Studied at Madrasah Al-Quran, Bintulu.
Studying at University of Science and Technology, Yemen

A typical teenager with an atittude that is different from others.
Using Quick Dry Nivea Deodorant.

Loves Allah and Muhammad Rasulullah. (Sometime i forgot about 'em) - But i try as hard as i could to remember them 24/7.

Here for spreading the words of Islam. The Al-Quran's and the Hadeeth's by Muhammad Rasulullah.

One of my favourite Quotes : "Doesn't matter how bad/evil u are. Still, there's a pure goodness that lies in your heart."

The Hidayah o' Allah is pure yet the most precious among all.
Keep it while you still have it, don't lose it.
I prayed to Allah The Most Gracious; The Most Merciful 'everytime' i thought about losing it. That proves the level of how afraid i am. I don't want to live such life without the hidayah of Allah. The worries, those imbalanced and undesireable feelings.

I really hoping that Allah will always protect me, giving me the strength to do all His orders, bi istiqomah(continuously).

[Adh-Dhariyat:verse 56]" Wa ma khalaqtul Jinna wal Insa illa liya' Buduun "
"I(Allah) have not created human and jinn, but to worship Me."




Even the bird knows how to bow
Shall there's no execuses among you.

#Beauty of Islam